Home Artikel PAS Perak

Adun PAS l Pembinaan Pekan Kecil Wajar Direalisasi Seperti Dijanji

654
SHARE


Oleh: Walid Ameerul HAq

PARIT BUNTAR: Kerajaan perlu menyegerakan pembinaan pekan-pekan kecil di seluruh negeri Perak seperti yang dijanjikan sebanyak 41 buah pekan.

Pembinaan tersebut dijanjikan siap mulai tahun 2013 hingga 2018. Namun begitu melalui jawapan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir di Sidang Dun Perak yang berakhir pada 27 November lalu dimaklumkan hanya 12 buah sahaja berjaya disiapkan.

Baki daripada jumlah tersebut bakal disiapkan pada tahun 2018 akan datang.

Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Husin telah menyuarakan perkara demikian dalam sesi soalan dan merasakan pembinaan projek tersebut begitu bermakna buat rakyat.

Beliau ketika ditemui hari ini di Pejabat Pusat Khidmat Dun Titi Serong berkata pekan kecil tersebut amat bermakna buat rakyat kerana dapat menikmati pembangunan serta keselesaan di samping memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan.

“Dalam tinjauan saya yang dibuat agak sukar untuk kerajaan memenuhi janjinya bagi menyiapkan baki pekan ini dalam tempoh setahun (2018) memandangkan 12 buah sahaja memerlukan 4 tahun untuk disiapkan (2013 – 2017).

“Secara realitinya untuk menyiapkan 29 buah dalam tempoh satu tahun tentu amat mustahil disiapkan dan tiada tanda-tanda pembinaan pekan tersebut rancak dijalankan sehingga kini.

“Kerajaan negeri juga diminta agar tidak terlalu ghairah dan bangga melaksanakan projek serta progrem mega seperti projek Maps dan juga Pulara 2017.

“Dua projrk ini telah menghabiskan peruntukkan jutaan ringgit sedangkan pulangannya tidak setimpal untuk dimanfaat kepada rakyat buat rakyat terutama di desa dan luar bandar,” saran beliau.

Bagi Abu Bakar, ekadaan tersebut tidak bermakna PAS menolak projek-projek mega dan bersekala besar namun dalam waktu yang sama kerajaan mesti mendahulukan projek lama yang tergendala serta terbiar untuk diselesaikan bagi keselesaan rakyat.

Jelasnya, tiada guna projek mega dilaksanakan sedangkan projek sedia ada dan dijanjikan tidak ditunaikan.

Katanya, apa yang membimbangkan kelak terjadi seumpama peribahas Melayu menyebut ” yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berciciran”.