Home Berita PAS Terengganu

Jana pendapatan bertani di halaman rumah

12
SHARE

oleh: Liya Zaliya

KUALA TERENGGANU – Muslimat disarankan menjana pendapatan keluarga dengan bertani di halaman rumah yang terhad walaupun tanpa memiliki tanah sendiri.

Timbalan Setiausaha Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar(LATAS,) Muslimat PAS Terengganu, Tengku Syamimi Nabilah Tengku Mustafa berkata hasrat itu dapat dijayakan dengan menggunakan pelbagai kaedah alternatif yang telah diterokai oleh Jabatan Pertanian.

“Sekurang-kurangnya untuk keperluan dapur sendiri dan setidak – tidaknya dapat mengurangkan perbelanjaan dapur yang dalam keadaan sekarang harga sayur – sayuran mendadak naik,” ujarnya.

Tengku Syamimi berkata demikian ketika merasmikan Kursus Bertanam di Sekitar Rumah di Pusat Informasi Pertanian Bandar, Batu Buruk di sini pada Rabu, 11 Januari.

Seramai 30 orang muslimat telah mengambil bahagian dalam kursus Laman Suri itu, yang dianjurkan oleh LATAS, Muslimat PAS Terengganu, dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

Menurutnya, dengan adanya kursus sebegini, mereka didedahkan pelbagai teknik bertani.

“Di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan dan kebolehannya untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanian di lingkungan rumah.