Home Artikel PAS Pulau Pinang

Jamuan Makan Cari Dana PRU di Kampung Seronok Bayan Lepas

208 views
SHARE

Pada julung kalinya,sejarah Pas tercipta di Kampung Seronok Bayan Lepas,P.Pinang dengan mengadakan jamuan makan pada 20 Mei yang lalu untuk mengutip dana bagi persediaan menghadapi PRU 14.

Pendekatan yang diambil adalah dengan mengadakan kerjasama di antara Pas Kawasan Bukit Bendera dan Pas Kawasan Bayan Baru bagi mengerakkan MTD 37 Batu Maung dan MTD 38 Bayan Lepas.

Maka satu mesyuarat khas telah diatur dan mengambil masa 1 1/2 bulan untuk buat persiapan program berkenaan. Misi dan visi utamanya program adalah untuk mencari dana Pas Pulau Pinang bagi PrRU4 , menjalin perhubungan jentera pilihanraya zon pulau dan masyarakat setempat.

Program in dihadiri oleh Badan Perhubungan Pas P.Pinang,Ydp Pas Kawasan Bayan Baru,Tanjung,Bukit Bendera,pengarah Mtd 37&38,Upu cawangan,Unit Amal dan pimpinan pimpinan masyarakat setempat.

Usaha tidak berhenti disini dan akan diteruskan lagi mencari dana bagi menghadapi PRU14. Sumbangan kewangan amat diperlukan lagi untuk mengerakkan jentera pilihanraya Pas zon pulau.

{jathumbnail off}