Home Artikel PAS Perak

Fikrah Kepimpinan Tunjang Legasi Perjuangan Islam

643 views
SHARE

Fikrah Kepimpinan Tunjang Legasi Perjuangan Islam


GOPENG – Jabatan Pembangunan Pelajar DPPK Gopeng telah menganjurkan Seminar Pemikiran dan Kepimpinan Islam khusus kepada remaja di DUN Sungai Rapat pada hari ini.

Program yang diadakan tersebut bertujuan untuk menerapkan fikrah Islamiyah dalam kalangan para peserta di samping membina jatidiri dengan ilmu kepimpinan Islam.

Antara panel jemputan yang menjayakan program ini adalah Ustaz Ahmad Fariz Othman, Ustaz Amar Jamaluddin dan Ustaz Hazim Saad.

Seminar yang dianjurkan itu telah berjaya menarik penyertaan seramai 22 peserta.

Pendekatan program berorientasikan seminar telah mendedahkan generasi muda dengan fikrah islamiyah sempurna serta ilmu kepimpinan Islam yang mantap serta jalinan ukhuwah disamping membentuk akhlak pemuda Islam sesuai mengikut keperluan semasa.

{jathumbnail off}