OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT ( SAR ) MANGSA YANG DISYAKI LEMAS
3 Okt Pekan- Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang telah telibat dengan Operasi SAR mangsa Yang disyaki lemas di Kg Marhum Pekan pada baru-baru ini.
Operasi ini telah bermula pada 25hb September dan berakhir pada 1hb Oktober 2020 baru-baru ini. Operasi ini telah laksanakn selama seminggu Dan telah tamat pada 1hb Oktober. Operasi melibatkan beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam , Polis Diraja Malaysia Dan Rela.
Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang telah mendapati maklumat berkenaan kes ini pada pagi 25hb dalam Sektor operasi telah berhubung dengan Balai Bomba Yang terlibat dengan operasi bagi mendapatkan kepastian kes tersebut. Setelah mendapat kepastian dari pihak bomba dan penyelamat beberape anggota JAMNP telah begerak ke lokasi selepas jumaat bagi memulakan operasi SAR bersama agensi lain.
Operasi kali ini telah diketuai oleh Tuan Halmi Ismail Timbalan Pengarah 1 Dan ketua Sektor Operasi JAMNP Dan bersama 10 anggota dan sukarelawan Amal yang bersama pada oeprasi Kali ini. Dua unit bot telah digunakan didalam operasi tersebut.
Tuan Halmi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa. Beliau mendoakan agar ahli keluarga mangsa kuat dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia kerana sudi memberi kebenaran dan kepercayaan kepada pihak JAMNP untuk bersama didalam operasi Kali ini.
Beliau juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota dan sukarelawan Yang telah terlibat dengan operasi Kali ini tanpa nengenal erti penat lelah dan hujan panas. Beliau mendoakan agar semua anggota JAMNP Yang terlibat dengan operasi kali ini dimurahkan rezeki Dan berikan kesihatan Yang baik. Katanya lagi hanya Allah yang mampu membalas kudarat Dan tenaga anggota Yang terlibat.
AMAL PAHANG STUDIO