Home Berita PAS Wilayah

JAM Wangsa Maju gotong-royong bersihkan KAFA PPR Gombak Setia

33
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU,19 Okt: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Wangsa Maju bergotong-royong mencuci kelas KAFA PPR Gombak Setia 10 Oktober lalu.

Gotong-royong ini diketuai Ketua Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali dan Daie Komuniti YADIM, Ustaz Beyhaqi Ramli.

Seramai 20 anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Wangsa Maju hadir ke program berkenaan bagi membantu membersihkan kelas KAFA yang hampir 2 tahun tidak digunakan sejak Mac 2020.

Turut hadir sama ialah wakil NGO Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Ahli Jawatankuasa Surau Sakinah dan Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia.

“Kami bercadang untuk mendapatkan sebuah kenderaan misi berupa single cab dan memerlukan sumbangan daripada orang ramai bagi memudahkan misi operasi bantuan kebajikan pada masa akan datang,” ujar Abdul Hadi.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada dana berkenaan boleh menyalurkannya ke nombor akaun Maybank 564557122098 atas nama Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju atau menghubungi Bendahari Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Syazwan di talian 0139540973.