Home Artikel PAS Pahang

JAM Temerloh derma darah di HoSHAS

265
SHARE

MOH DERMA DARAH DI HOSHAS

Turut bersama KP DPPM Ir Hj Khairil Nizam

Bagi memastikan stok darah HOSHAS berada di paras optimal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Unit Tabung Darah HOSHAS menjemput semua pihak untuk menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Alhamdulillah, pihak Jabatan Amal Malaysia (JAM) Temerloh telah mengadakan kempen tersebut yang telah menarik seramai 34 orang hadir dan 24 orang daripadanya berjaya menderma. Bakinya perlu hadir semula di atas sebab-sebab kesihatan.

Kempen semalam turut dijayakan oleh Ir. Hj. Khairilnizam, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Encik Hassanuddin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.

Kepada masyarakat yang masih belum menyumbang, boleh segera berbuat demikian pada setiap hari Isnin – Jumaat, dari jam 8 pagi – 5 petang di HOSHAS atau menghubungi Puan Siti Zawiyah 013-4017061 untuk maklumat lanjut.

Sdr Hassanuddin Salim SU perhubungan PAS Pahang Turut bersama menderma darah

Semoga dengan kempen ini, dapat menyedarkan semua pihak akan peri pentingnya penjagaan kesihatan diri dan keluarga serta sikap kebersamaan di dalam mengharungi ujian kehidupan.