Home Artikel PAS Pahang

ADUN JENGKA selaras sumbangan kepada 266 keluarga

225
SHARE

Alhamdulillah, semangat kerjasama semua pihak, maka 266 keluarga dapat dibantu hari ini iaitu hari ke 8 PKP.

Pusat Khidmat Masyarakat Adun Jengka dengan kerjasama Cakne Rakyat berjaya menyampaikan sumbangan 60 set barang dapur kepada 60 buah keluarga terjejas di sekitar Jengka dan sebahagian Parlimen Kuala Krau.

Skuad Cakne Rakyat di bawah Adun Jengka

Pas cawangan Jengka 11 dapat mengagihkan 5 set keperluan asas hari ini dan menemui sebuah rumah yang di diami oleh tiga keluarga daif. Subhanallah…

Pas cawangan Jengka 18 dengan kerjasama Umno, pengurusan Felda, JKKR, pihak masjid, dan Team Kembara Sufi berjaya mengagihkan 80 set barang dapur.

Pas cawangan Jengka 19 pula berjaya mengagihkan 20 set barang dapur kepada mereka yg terjejas teruk.

Pas cawangan Jengka 15 dengan kerjasama Tok 4, umno dan pihak masjid mengagihkan 100 pek barang keperluan asas.

Pas cawangan Jengka 21 hari ini menziarahi dan menyampaikan sumbangan asas kepada sebuah keluarga susah.

Manakala Pas TJM pula menyantuni mereka yg berada di barisan hadapan dengan menghantar 21 bungkusan roti ke hospital, 15 bungkusan ke balai polis, 5 bungkusan ke balai bomba dan 53 pek lunch untuk team pekerja pembersihan dan landskap di Uitm.

Terima kasih semua. Semoga Allah memberkati segala usaha yg dilakukan.

25/03/20

YaAllahselamatkankami