Home Berita PAS Perlis

JAM Negeri Perlis Anjur Ijtimak Korban

711
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Bersempena dengan kedatangan 10 Zulhijjah 1439 Hijrah, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis telah mengadakan Ijtimak Korban Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis, bertempat di perkarangan rumah Afifzan Aziz, Kampung Telaga Idi, Seriab, Perlis.

Seramai 30 orang anggota JAM Negeri Perlis telah menyertai program yang julung-julung kali diadakan itu.

Sebaik selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha, para peserta telah berkumpul di lokasi program bagi melaksanakan ibadah korban melibatkan sejumlah dua ekor lembu dan dua ekor kambing.

Menurut Pengarah Amal Negeri Perlis, Amirul Jufri Mat Saman, penganjuran ijtimak korban sebegini bermatlamatkan memberi peluang kepada para anggotanya untuk mempelajari serta melaksanakan ibadah korban yang merupakan sunat muakkad dalam Islam.

Selain itu katanya, aktiviti bekerja secara bergotong-royong juga mampu mengeratkan hubungan sesama anggota amal manakala pengagihan daging korban kepada masyarakat pula memupuk sikap peduli dan prihatin dalam kalangan anggotanya.

Selain daripada ijtimak korban yang diadakan, JAM Negeri Perlis juga turut terlibat dengan pelaksanaan ibadah korban yang akan diadakan di SRI Al-Furqan pada 23 Ogos nanti.