Home Artikel PAS Sabah

JAM Kawasan Silam anjur PTA buat kali kedua

361
SHARE

(

Oleh : Yusmedzar Baco

28 Disember 2019

SILAM : Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) Kawasan Silam kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bermula 25 – 27 Disember 2019, bertempat di Silam Coast Conservation Area, Lahad Datu, Sabah.

PTA Kawasan Silam adalah perkhemahan tahunan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Silam yang menghimpunkan ahli daripada tiga daerah yang berada di kawasan silam iaitu Lahad Datu, Kunak dan Tungku sekaligus melatih ahli baru sebagai  Jabatan AMAL Malaysia.

(

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan pada PTA kali ini, antaranya kemahiran asas medik, kemahiran mengawal lalu lintas, semboyan, ‘hiking’ dan qiamullai.

Menariknya lagi, pihak penganjur dan para peserta sempat menunaikan solat sunat kusuuf sempena gerhana  matahari yang berlaku pada hari kedua perkhemahan.

Turut hadir Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lahad Datu bagi memberi tunjuk ajar mengenai simpulan dan ikatan serta kemahiran asas penyelamatan awam.

Majlis penutupan PTA Kawasan Silam kali ke-2 telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan AMAL Malaysia Kawasan Silam, Tuan Kanizam Kamis.

Beliau berkata “Perkhemahan Tahunan AMAL bukan sahaja untuk melatih ahli baru menjadi ahli Jabatan AMAL Malaysia yang baik, tetapi juga kita ingin membina kekuatan rohani ahli agar menjadi orang yang benar-benar beramal kerana Allah swt” jelasnya.

Turut hadir sama Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam, Tan Chin Khoon mengiringi Tuan Kanizam Kamis bagi menyampaikan hadiah dan sijil kepada para peserta.