Home Artikel PAS Sabah

100 anak-anak asnaf terima sumbangan Back To School

373
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar

29.12.2019

TAWAU ~ Seramai 100 anak-anak asnaf dan murid miskin menerima bantuan persekolahan dalam program ‘Back To School'(BTS) anjuran PAS Tawau bertempat di Masjid Al Kauthar, di sini , kelmarin.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKPP) PAS Pusat, Tuan Mohamad Husain, merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau.

Tuan Mohamad Husain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang.

“Kepada para penyumbang, PAS Kawasan Tawau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan atas sumbangan tuan puan.

” Sekarang ini rakyat berhadapan dengan krisis ekonomi dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

” Rakyat terbeban dengan situasi ini, namun kesedaran kepentingan pendidikan kepada anak-anak , PAS Tawau tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak .” Katanya semasa berucap.

Turut hadir dalam majlis Naib Yang DiPertua PAS Tawau, Tuan Ambo Asse, Ketua Sektor Sosial Dewan Pemuda PAS Tawau, Satuo Saidi dan Ketua Dewan Muslimat, Madiha Ladale.