Oleh : Anna Tan
Asyfakilah Murni
TAWAU 8 Ogos ~ Sempena menjelang Hari Raya Aidil Adha pada hujung minggu ini.
Guru-guru beserta Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Nurul Iman 2, Tg Batu Darat telah mengadakan program Jalinan Kasih Sempena Aidil Adha di sini , semalam.
Tujuan program diadakan adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan serta untuk menyelami denyut nadi kehidupan mereka.
Seramai 4 keluarga terpilih mendapat sumbangan barang-barang berupa keperluan dapur serta wang untuk perbelanjaan untuk persediaan menyambut hari raya korban nanti.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Guru PASTI Cikgu Murni Kamarudin serta Pengerusi JIBG , Puan Asriani Bojok.
Cikgu Murni Kamarudin meluahkan rasa simpati beliau terhadap kehidupan perit yang dijalani oleh para penerima sumbangan yang terdiri daripada ibu tunggal serta keluarga dhaif .
Beliau juga berharap program seumpama itu dapat dipergiatkan lagi serta mendapat kerjasama dari semua pihak terutama golongan yang berkemampuan dan syarikat-syarikat swasta.