Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Inilah yang dinanti-nantikan umat Melayu Islam. Pertemuan, perbincangan, permuafakatan antara pimpinan politik Melayu Islam secara harmoni dan mesra demi memperkukuh jajaran politik perpaduan ummah.
Umat Melayu Islam merupakan penduduk majoriti dalam negara. Apabila mereka bermuafakat mereka membina kekuatan politik yang tidak mampu diganggu atau dicabar sesiapa.
Kekuatan politik inilah yang sewajarnya digunakan untuk memperjuang, mempertahan dan mendaulatkan Agama, bangsa dan negara.
Di atas kekuatan inilah nanti lahir saf kepimpinan yang berintegriti dan bermaruah lantas memiliki keupayaan untuk memberikan keadilan dan kemakmuran buat segenap lapisan masyarakat dalam negara.
Kita boleh bermuafakat dan bina kekuatan, mengapa perlu berseteru dan berbalah, yang ruginya ummah.
Syabas dan teruskan usaha ini Dato Sri Tuan Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Hassan, jangan berputus asa.
13 Oktober 2021 | 6 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor