Home Berita PAS Sabah

PASTI Sepanggar sedia kuota belajar percuma untuk anak yatim

13
SHARE


Oleh SITI NADIRAH SHASHA
13 Oktober 2021

KOTA KINABALU: Pengurusan PASTI Kawasan Sepanggar telah menyediakan kuota belajar secara percuma kepada anak yatim bagi sesi pembelajaran 2022.

Menurut Pengerusi PASTI Sepanggar, Afiq Nordin, anak yatim di PASTI adalah VVIP yang perlu diraikan, mereka wajib mendapat peluang belajar secara percuma.

“Perancangan ini adalah kesinambungan daripada program sebelum ini, kami telah menaja 8 orang pelajar pada sesi pembelajaran tahun ini dan pada tahun depan kami akan meneruskan tajaan dengan kuota pelajar yang terhad.

“Kami masih membuka peluang anak yatim sekitar Sepanggar yang berminat belajar secara percuma di PASTI,” ujar Afiq.

Sementara itu menurutnya, PASTI kawasan juga turut mengadakan program Shopping Raya Anak Yatim setiap tahun bagi meraikan mereka

“PASTI akan terus mengalu-alukan semua pihak bersama-sama mencari inisiatif bagi membantu golongan yang memerlukan dan golongan sebegini untuk disantuni dengan baik,” ujarnya lagi.

Pendaftaran PASTI Kawasan Sepanggar bermula awal September dan masih dibuka sehingga kini secara dalam talian bagi kemasukan sesi 2022.