Home Rencana PAS Selangor

Jadikan PRN Melaka medan penyatuan ummah – Setiausaha BPPN Selangor

52
SHARE

May be an image of indoor

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Kita menunggu keputusan MKN dan SPR samada PRN Melaka akan diadakan atau bagaimana jadinya nanti. Yang pasti DUN Melaka telah dibubarkan.

Pembubaran ini tercetus apabila 4 ADUN Kerajaan iaitu 2 dari BN -Umno, 1 dari PN – Bersatu dan 1 Bebas bekas DAP bertindak menarik sokongan dari kerajaan.

Yang mengkhianati kerajaan kini keluar dengan pelbagai alasan dan tuduhan. Apa pun merekalah punca PRN ini diadakan dan mereka wajar dipertanggungjawabkan. Apa pun masalah mustahil tidak boleh dibawa berbincang dan bermesyuarah, melainkan nasing-masing punya agenda peribadi.

Untuk berlaku adil Geng 4 ini bukan kesemuamya mewakili Umno, ada Bersatu dan ada Bebas lantas ia bukan semata-mata isu Umno ia isu bersama. Pengkhianat bersama terhadap kerajaan Melayu Islam Melaka.

Inilah hambatan besar dalam membina kekuatan kuasa politik Melayu Islam di tanahair. Bumi bertuah ini majoriti penduduknya adalah anak-anak bangsa yang selayaknya memegang dan menerajui negeri dan negara.

Kiranya kuasa politik tiada ditangan sedangkan kita adalah majoriti maka bersedialah dicatur kehidupan oleh golongan minoriti. 22 bulan pemerintahan PH sudah cukup sebagai pengajaran.

Nasib dan masadepan ummah, hal ehwal Islam, kebajikan, ekonomi dan kemajuan bangsa Melayu Bumiputera, bahasa Melayu semuanya terletak di tangan orang.

Insiden Geng 4 di Melaka ini sepatutnya membangkitkan keinsafan. Pimpinan Melayu wajar rapatkan saf dan pastikan genggaman terhadap kuasa politik tidak mudah terlepas lagi. Jika ada ranting yang buruk atau dahan yang reput segera dirawat atau dicantas jangan biarkan ia menganggu dan mengancam keutuhan pohon besar ini.

Jadikan PRN Melaka ini sebagai medan penyatuan ummah. Cukup- cukuplah kita berbalah dan bertelagah. Bumi Melaka yang bersejarah ini perlu kekal dikuasai umat Melayu Islam. Bukannya PH yang didominasi DAP. Bermuafakatlah.

7 Oktober 2021 | 30 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#KitaJagaKita
#IslamTolakFitnah
#IslamMemperkukuhPerpaduan