Home Berita PAS Selangor

Ziarah prihatin menjejaki keluarga warga emas – DHPP Kota Raja

11
SHARE

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Cikgu Rajan Manikesavan
Naib Ketua DHPP Negeri Selangor

KOTA RAJA, 7 Oktober – Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja, terus menggerakkan bantuan kepada sebuah keluarga dalam suasana pilu kerana kehilangan tempat untuk berteduh dan terpaksa tinggal dalam stor bengkel akibat reput dan robohnya rumah mereka.

Dikhabarkan bahawa, kejadian ini berlaku kerana tiupan angin dan hujan lebat yang berterusan telah memusnahkan seluruh bahagian rumah mereka. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Menurut laporan, seluruh keluarga yang menjadi mangsa bencana tersebut tinggal sehelai sepinggang. Mangsa termasuk En. P.Karunanithi, 59 tahun dan ibunya. Seorang lagi warga emas iaitu Pn. Aravayi, 86 tahun beralamat di Batu 3 ½, Jalan Alam Nyata, Off Sungai Kandis, Kampung Jawa, Klang.

DHPP Kawasan Kota Raja merakamkan ribuan terima kasih kepada AJK DHPP Negeri Selangor yang telah memberi maklumat kepada mereka.

DHPP Negeri Selangor amat komited dalam membantu masyrakat demi kepentingan kebajikan masyarakat dan juga semoga bantuan yang telah diberikan ini dapat sedikit sebanyak memudahkan urusan mereka.

Mangsa menzahirkan rasa sangat berterima kasih atas sumbangan yang diberi, pada saat mereka amat memerlukannya hari ini. LKKPNS, DHPP, PAS Kawasan Kota Raja tetap berusaha semampu yang boleh demi meringankan beban dan tekanan masyarakat dalam apa jua keadaan.