Home Berita PAS Terengganu

Jabatan Amal Ringankan Beban Anak Yatim dan Anak Miskin

9
SHARE

Oleh : Azhar Yusof

HULU TERENGGANU – Jabatan Amal Hulu Terengganu hulurkan bantuan kebajikan kepada 20 orang anak yatim dan miskin dari daerah bagi meringankan beban mereka menjelang sesi persekolahan baharu.

Program pembelian pakaian dan keperluan sekolah di sebuah pasaraya di sini, memberi peluang anak-anak terbabi memilih sendiri barangan mereka.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu (DPPHT), Ustaz Hamdi Harun berkata, inisiatif berterusan itu adalah sebahagian daripada komitmen PAS membantu golongan yang memerlukan.

“Kami berharap bantuan ini dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak ini dan membantu mereka memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat.

“Kami akan terus berusaha menggerakkan program kebajikan seperti ini bagi membantu golongan yang memerlukan. Keprihatinan masyarakat amat penting dalam memastikan mereka tidak terpinggir,” jelasnya.

Beliau yang turut bersama menyantuni anak-anak tersebut, berkata demikian ketika ditemui semalam, 9 Februari

Oleh itu beliau menegaskan, program kebajikan ada rutin aktiviti PAS yang sentiasa digerakkan semasa ke semasa bagi memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat perhatian sewajarnya.

I”bu bapa dan penjaga penerima bantuan turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Jabatan Amal Hulu Terengganu.” tambah beliau