Home Berita PAS Pulau Pinang

Jabatan Amal Pulau Pinang : Misi Pembersihan Pasca Banjir di Baling

96
SHARE

KUPANG – 20 anggota Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang (JAMNPP) berkhidmat pada hari Ahad untuk melakukan misi pembersihan pasca banjir di kawasan Baling.

Pengarah JAMNPP, Ahmad Anuar Zainal Abidin, mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga jabatan tersebut telah datang membersihkan Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah.

Menurutnya, anggota bergerak secara berkelompok dari Sabtu malam agar dapat memberikan khidmat buat penduduk dan masyarakat Baling.
“Sekolah ini berdekatan dengan kawasan sungai, jadi agak terkesan seluruh sekolah ini,” kata Muhammad Nazrul Ali.

“Kawasan sekolah juga agak besar, jadi kami akan lakukan usaha yang sebaiknya untuk membersihkan kawasan ini, “ ujar beliau.

Seorang anggota dari Batu Kawan mengajak orang awam yang ingin melibatkan diri dalam kerja amal, boleh berdaftar dengan Jabatan Amal melalui kawasan masing-masing.
“Sesiapa yang ingin terlibat dalam kerja mencari pahala dengan kerja amal sebegini, carilah wakil Jabatan Amal di kawasan, mesti ada,” kata beliau.