Home Berita PAS Wilayah

Jabatan Amal Malaysia Titiwangsa Terus Komited Membantu Warga Titiwangsa

1053
SHARE

Oleh : MUIZZUDDIN HAMID

TITIWANGSA, 21 MAC — Telah berlangsung Edaran Risalah dan saguhati oleh Ameerah Titiwangsa di Tapak Pasar Malam Taman Maluri pada jam 6.00 petang sehingga 6.30 petang semalam.

Kaunter Semakan Daftar Pemilih juga dibuka bagi memudahkan urusan pengundi tempatan untuk membuat semakan tempat mengundi. Program ini juga turut disertai oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Hj Khairul Anuar Manaf, En, Hedzer selaku Setiausaha Kawasan, AJK Kawasan dan guru guru PASTI Titiwangsa.

Turut membantu ialah tenaga dari Jabatan Amal Malaysia Kawasan Titiwangsa seramai 5 anggota untuk membantu dari sudut kawalan keselamatan para pengedar risalah yang terdiri dari Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dan Ameerah Titiwangsa

Perjalanan sepanjang edaran risalah tersebut berlangsung dengan aman dan mendapat sambutan mesra dari pengunjung pasar malam dengan ramai yang mengunjungi kaunter semakan daftar pemilih yang digerakkan oleh PAS Kawasan Titiwangsa di Tapak Pasar Malam tersebut.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Titiwangsa yang diketuai oleh Komandan Titiwangsa Ustaz Tuan Hanif Syakir bin Yusoop serta seluruh anggota terbabit komited membantu dari segenap sudut khususnya keselamatan untuk Kawasan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan khususnya dan seluruh Malaysia amnya.