Home Berita PAS Pulau Pinang

JABATAN AMAL MALAYSIA PULAU PINANG ZAHIR UCAPAN TAHNIAH DAN TAKZIAH SEMPENA MUKTAMAR PAS PUSAT

27
SHARE

 

Tasek Gelugor 23 Oktober – Muktamar PAS Pusat kali ke-69 telah melabuhkan tirainya semalam. Bermula 18 Oktober Dewan Ulamak PAS Pusat, Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Malaysia – DMPM telah membuka gelangang muktamar di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Kemudian disusuli dengan Muktamar penuh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat selepas itu.

Jabatan Amal Malaysia Pulau Pinang mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada semua Kepimpinan baru yang telah di lantik pada muktamar kali ini. Terutama kepada kepimpinan Pemuda PAS Pusat YB Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang telah dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia yang baharu.

Tidak dilupakan kepada Mantan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Ustaz Hanafi Zulkapli yang telah banyak berusaha dalam memenuhi aspirasi badan berunifom Jabatan Amal Malaysia dipersada keperluan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Jutaan penghargaan juga kepada semua anggota amal yang turun bertugas dari seluruh pelusuk negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Pada muktamar kali ini Jabatan Amal Malaysia Pulau Pinang telah menghantar seramai 30 angota bagi membantu melancarkan perjalanan muktamar.

Namun begitu dalam kemeriahan muktamar kali ini, seluruh kepimpinan dan perwakilan pas dikejutkan dengan berita sedih apabila tiga perwakilan muslimat dari sungai petani terlibat dengan kemalangan maut. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat insyaallah Al-Fatihah – Tongkat Seri

Disediakan oleh:
Unit Media & Penerangan
Jabatan Amal Malaysia Pulau Pinang