IT Speed Training PRU-14 merupakan inisiatif program anjuran Jabatan IT DMPM bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya ke-14 tidak lama lagi.
Program tengahari sampai malam ini adalah untuk meningkatkan kemahiran sedia ada serta mempelajari teknik-teknik baru yang lebih berkesan sebelum dizahirkan ke dalam gerak kerja sebelum, semasa dan selepas PRU ke-14.
Program ini melibatkan latihan pengendalian poster high impact, video dan montaj, teknik photophone, pengendalian teknikal acara dan penyelarasan media baru iaitu facebook dan instagram yang berkesan.
Butiran program seperti berikut;
Tarikh / Hari : 24 Februari 2018
Masa : 1.30 ptg
Tempat : Masjid Al-Hasanah, Bangi
Semua penggerak IT di setiap peringkat Dewan Muslimat digalak dan diseru untuk hadir ke program ini bagi melancarkan gerak kerja IT menghadapi PRU-14.