Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Isu Spin Kenyataan dalam Akhbar : Pemuda PAS Negeri Lontar Solusi

973
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN
Isu Spin Kenyataan dalam Akhbar : Pemuda PAS Negeri Lontar Solusi

Tarikh : 28 JUN 2018

1 : Menjadi tular di media sosial berita yang disiarkan oleh media Sinar Harian kelmarin (26 Jun 2018) berhubung kononnya bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohammad (UNA) akan menyertai DAP sedangkan individu terbabit menafikan penyertaan malah dalam tulisan terkini menyatakan ulasannya disalah lapor oleh media.

2 : Bagi pihak DPPN9 kita menyambut baik jawab balas UNA dalam posting Facebooknya hari ini dan bersedia memberi pencerahan atas isu tersebut.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian. [al-Hujurât/49:6].

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa. Jangan pula kalian memata-matai dan saling menggunjing. Apakah di antara kalian ada yang suka menyantap daging bangkai saudaranya sendiri? Sudah barang tentu kalian jijik padanya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allaah Maha menerima taubat dan Maha Penyayang. [al-Hujurât/49:12].

3 : Bersesuaian dengan peringatan Allah dalam surah Al Hujurat (49:12) di atas, maka DPPN9 mahu isu ini diselesaikan dengan baik dengan kematangan politik dan bertabayun kepada pihak yang terbabit apatah lagi Islam mengajar kita menyemak sumber sahih supaya tidak meneruskan fitnah kepada pihak-pihak yang mungkin teraniaya dalam kes kes sebegini.

4 : DPPN9 juga mahu semua pihak terbuka dan memfokuskan kepada gerak kerja dakwah dan kebajikan rakyat berbanding politik “hear say” dan tuduh menuduh yang selama ini membelenggu jiwa masyarakat. Masyarakat sudah penat dengan politik caca marba, dan kini tibalah masa untuk sinergi anak muda dan rakyat dikumpulkan demi melihat Malaysia yang lebih baik berbanding sebelumnya.

5 : DPPN9 juga mengharapkan pucuk pimpinan di negeri berlapang dada mendapatkan dan menerima penjelasan UNA dan mencari jalan damai dalam isu isu sebegini. Di pihak kami juga kami turut menasihatkan UNA agar berhati-hati dengan pihak wartawan dalam menjawab sebarang isu agar “spin” yang biasa berlaku dapat dielakkan.

6: Janganlah mengheret persepsi sebagai asas untuk menghukum kepada sesama ahli yang berada dalam bahtera yang mulia ini. Pertimbangkan jua jasa mereka yang telah berkorban untuk perjuangan ini sebagai instrumen ke arah menegakkan konsep tabayyun. Bagaimana Nabi mengenangkan jasa Hatib bin Abi Balta’ah dalam misi Badar al-Kubra yang Allah iktiraf komitmen mereka dalam menghadapi situasi kritikal ketika itu dalam mempertahankan Islam.

7 : DPPN9 amat mengharapkan kematangan politik dibina agar selaras dengan agenda PAS Pusat yang membawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam segenap perkara membawa kebaikan kepada rakyat dan Islam khasnya. Elakkan politik benci-membenci.Luaskan dakwah dan kasih sayang.

Kenyataan bersama:
SAUDARA KHAIRUL YAZMAN YAHYA – Ketua Pemuda
USTAZ MAHFUZ ROSLAN – Timbalan Ketua Pemuda
USTAZ MUHAMMAD FARID HADHARI – Naib Ketua Pemuda


Rujukan :
Berita yang diterbitkan : http://www.sinarharian.com.my/politik/ahli-pas-rancang-sertai-dap-1.849366

Kenyataan daripada UNA : https://www.facebook.com/norazman.mohamad.9/posts/2003539319670849