Home Berita PAS Pahang

Isu pengusaha ATV diselesaikan oleh ADN Beserah dengan baik

82
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 7 Julai :: Isu pengusaha motor All Terrain Vehicle (ATV) dengan pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah dapat diselesaikan hasil usaha Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu kelmarin.

“Pusat Khidmat DUN (PKD) bertindak sebagai pemudah cara sebagai orang tengah antara pengusaha ATV dan MBK untuk mengatasi beberapa isu berbangkit tentang aktiviti ATV di sepanjang pantai Beserah.

“Beberapa salah faham dan juga kekeliruan timbul kebelakangan ini apabila banyak rungutan yang kami terima dari orang awam, maka saya sendiri ambil inisiatif pertemukan seramai 25 orang pengusaha ATV dalam DUN Beserah ini, dengan pihak MBK untuk mencapai kata sepakat dan persetujuan.

“Alhamdulillah satu persefaham telah dicapai dan beberapa garis panduan telah dikeluarkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh pihak MBK,” ujar Andansura.

Beliau menyebut antara syaratnya adalah seorang pengusaha ATV hendaklah mengenal pasti kawasan mereka beroperasi dan pihak MBK akan meluluskan kawasannya berdasarkan permit yang diberikan.

Pengusaha juga perlu dipantau supaya perjalanan perniagaan mereka berdasarkan garis panduan dan undang-undang itu.

Manakala pihak penguatkuasa pula tidak boleh mengambil tindakan mengikut budi bicara sendiri tanpa merujuk garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Itulah antara jalan penyelesaian yang dipersetujui bersama dan Alhamdulillah kita dapat kata sepakat semoga ianya akan memberi kesan yang baik kepada aktiviti¬† riadah dan reakreasi di sepanjang pantai DUN Beserah ini”, tambah Andansura lagi.

Menurut beliau, keutamaan dalam menyelesaikan isu ini adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan orang awam yang sedang beriadah dan berekreasi bersama keluarga ataupun bersendirian di sepanjang pantai ini tidak terganggu dengan aktiviti-aktiviti ATV ini.