Home Kenyataaan Media PAS Perak

Isu penjualan arak: Hormat hak umaat Islam dan peraturan sedai ada

108
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

ISU PENJUALAN ARAK : HORMATI HAK UMMAT ISLAM DAN PERATURAN SEDIA ADA.

PAS Perak menyokong kawalan penjualan arak di premis awam seperti kedai runcit dan serbaneka di kawasan majoriti penganut Islam di Perak. Arak adalah dilarang dan di tegah kepada ummat islam demi menjaga kemuliaan akal manusia. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara juga jelas mengharamkan arak kepada ummat Islam. Mengikut syeksen 59 Enekmen Jenayah Syariah 1992 Perak adalah satu kesalahan jenayan seseorang Islam meminum minuman memabukkan .

Umum mengetahui bahaya arak termasuk kesan arak yang banyak melibatkan kemalangan dan pergaduhan. Ia sesuatu yang di akui secara kesihatan boleh merosakkan kesihatan manusia. Bagi Islam yang memuliakan akal manusia telah mengharamkan arak kepada penganutnya agar ummat Islam sentiasa boleh bertindak secara waras dengan panduan akal.

PAS Perak menyokong penuh hasrat Majlis Bandaraya Ipoh dan mana mana Kerajaan Tempatan dalam negeri Perak yang berhasrat melarang premis awam menjual arak di kawasan majoriti beragama Islam. PAS Perak mengakui arak tidak diharamkan kepada bukan Islam dan hak mereka di jamin oleh perlembagaan dan agama Islam. Isu yang timbul ialah berikutan bantahan dari kawasan majoriti Islam dalam negeri Perak khususnya Bandaraya Ipoh. Hak Ummat Islam sewajarnya dihormati oleh bukan Islam di negeri ini. Mereka hanya menuntut larangan di kawasan majoriti ummat Islam tanpa menyentuh kawasan bukan majoriti Islam.

Telah menjadi peraturan bahawa penjualan arak termasuk barangan yang dikawal dan tidak boleh dijual secara bebas. Mengikut peraturan, mana mana premis yang ingin menjual minuman memabukkan seperti arak mestilah mengiklankan di beberapa akhbar tempatan pelbagai bahasa selama beberapa hari dan beberapa syarat lain untuk mendapatkan maklum balas penduduk setempat. Isu yang di jawab oleh Datuk Bandar Ipoh adalah susulan bantahan ummat Islam di kawasan Majoriti Muslim. Sewajarnya perkara ini tidak menjadi polemik bukan islam terutama parti politik bukan Islam.

PAS Perak menasihatkan parti politik bukan Islam tidak menjadikan isu ini sebagai alat politik yang boleh mencetus kehangatan antara Ummat Islam dan bukan Islam di negeri ini. PAS Perak yakin kebanyakan bukan Islam menyedari bahaya arak dan mereka juga menghormati hak ummat Islam khasnya di kawasan majoriti muslim. Isu ini tidak sewajarnya timbul dan semua parti politik dalam negara memahami peraturan sedia ada serta dapat mematuhinya. Toleransi ini mestilah dikekalkan bagi menjamin kestabilan dan keamanan di negeri Perak.

“ ISLAM ADALAH PENYELESAIAN ”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA
ADN GUNUNG SEMANGGOL
PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK
21 JANUARI 2025 / 21 REJAB 1446H