Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Isu Agama Tiga Anak: DMPM Nasihat Loh Siew Hong

141
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merujuk kepada kes ibu tunggal Loh Siew Hong yang telah mendapat hak jagaan ketiga-tiga anaknya. Manakala Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Februari 2022 telah membenarkan permohonan habeas corpus difailkan Loh untuk menyerahkan anak-anak tersebut kepadanya.

2. DMPM sebagai sebuah sayap wanita menasihati Loh agar mengambil kira usaha pihak-pihak yang menjaga ketiga-tiga anaknya dengan baik semasa mereka tidak dijaga oleh ibu dan ayah mereka.

3. DMPM menghormati keputusan Mahkamah yang memerintahkan anak-anak tersebut dikembalikan kepada ibunya kerana Islam sentiasa mengangkat kedudukan seorang ibu merentasi agama.

4. Namun Mahkamah tidak menyentuh atau membuat sebarang perintah mengenai status agama anak-anak Loh. Oleh yang demikian DMPM menasihati Loh agar menghormati agama yang kini dianuti anak-anak tersebut dan tidak terpengaruh dengan sebarang hasutan daripada golongan cauvinis.

5. Dewan Muslimat PAS Malaysia berbesar hati seandainya dapat mengadakan peretemuan dua mata dengan Puan Loh Siew Hong dan mengharapkan semoga Puan Loh dapat membesarkan anak-anaknya dengan baik dan sejahtera.

‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’
‘Islam Menyatukan Ummah’

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
31 Mac 2022 | 28 Syaaban 1443H