“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor
Oleh : AJK Munajat PASTI Selangor
SELANGOR, 7 Oktober – Munajat mingguan PASTI Negeri Selangor malam ini, diisi oleh Alfadhil Ustaz Fadhil Hasanuddin daripada Unit Tarbiah SRITI Selangor.
Penyertaan muallimah seluruh Selangor mencecah 350 orang disajikan dengan tazkirah oleh Alfadhil ustaz berkisar tajuk peranan muallimah PASTI sebagai Murobbi Ummah.
Antara intipati adalah muallimah perlu sentiasa ikhlas dalam gerak kerja dan berusaha meningkatkan kualiti seorang guru dengan sentiasa mendalami ilmu serta pengalaman.
Majlis berakhir pada jam 09.10 malam yang dipengerusikan oleh muallimah Napisah juga wataknya sebagai bendahari Majlis Guru Pasti Negeri Selangor.
Semoga majlis ini kekal diadakan setiap minggu dengan kehadiran seperti ini penyertaan yang istiqomah daripada seluruh warga pasti Selangor.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor