Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Istiqomah Beramal Lahirkan J12K

279
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS komited untuk melahirkan amilin AKIFI. Apa itu AKIFI? AKIFI adalah singkatan daripada Alim – berilmu, Haraki – partisipasi atau menggerakkan aktiviti masyarakat dan Sufi, pegangan agama yang kuat.

2. Muslimat AKIFI ialah muslimat yang alim, haraki dan sufi yang lahir daripada agenda pentarbiyahan PAS sebagai gerakan Islam secara berterusan dan bertanzim menuju kemenangan yang dicitakan. Dewan Muslimat PAS meletakkan sifat AKIFI sebagai penanda aras yang paling asas kepada seluruh ahli muslimat agar terus dapat menjalankan tugasnya di dalam dan luar rumahtangganya dengan penuh seimbang serta menjaga semua hak-hak yang telah ditetapkan oleh Islam. Para muslimat mesti terus berani mara ke hadapan dengan semangat dan persiapan AKIFI untuk mencapai kemenangan di dunia dan akhirat. Berusaha dan bekerjalah dengan penuh bersyariat. Penuhilah tanggungjawab kita dengan sebaik-baiknya. Tanggungjawab untuk Allah, diri, keluarga dan juga masyarakat serta dunia Islam khususnya.

3. Walaupun dalam suasana norma baharu, kita tidak boleh tinggalkan amalan-amalan untuk kita jadikan bekalan di akhirat nanti. Sewajarnya Kita membina kekuatan dalaman dan keperibadian masing – masing sewaktu Kita tidak dapat melaksanakan aktiviti luaran dengan kengkangan pendemik sekarang. Kalau tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

4. Dewan Muslimat PAS bukan sahaja sayap kiri PAS yang berjuang di medan politik tetapi bertanggungjawab memberikan tarbiyah kepada ahli, pendokong dan kepimpinan supaya faham dan sedar bahawa tanpa persiapan dan kekuatan diri setiap individu dalam PAS, agak sukar untuk mendaulatkan Islam di semua peringkat.

5. Bersama ini disertakan ringkasan amalan akifi. Mari Kita berusaha menjadi golongan yang suka beribadah dan termasuk sebagai hamba yang dekat dengan Allah. Berazam membaiki kelemahan diri dan membina potensi masing-masing untuk memberikan sumbangan terbaik kepada jamaah. Semoga semua muslimat PAS dan pendukung PAS berusaha dan istiqomah dalam melaksanakan segala amalan – amalan ini.

#islammemimpinwanitasejahtera
#islammemperkukuhperpaduan

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor,
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
7hb Oktober 2020 bersamaan19hb Safar 1442 H