Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor
Islam menolak secara total penerapan apapun dari konsep-konsep sekular, sekularisasi atau sekularisme atas dirinya, kerana semuanya itu bukanlah milik Islam dan asing baginya dalam segala segi. Konsep-konsep tersebut merupakan milik dan hanya wajar dalam konteks sejarah intelektual Kristen-Barat, baik pengalaman maupun kesedaran keagamaannya.
(Tan Sri Professor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas)
“Mungkin mereka yang ada penyakit sekular sahaja yang meroyan”.
Perjalanan menerangkan tentang pemikiran Islam terus melalui liku-liku mencabar. Masyarakat semakin tidak mengambil peduli soal pemikiran yang semakin merosakan mereka. Maka tidak hairan sekularisme, liberalisme, pluralisme serta pelbagai pemikiran yang merosakan semakin membiak dan membarah dalam masyarakat.
“Mereka keliru politik kepartian dan siasah Islam sebenar”.
Apatah lagi di Selangor tauliah bagi ahli politik akan di tarik. Sedangkan setakat ini yang dilarang adalah politik kepartian di Masjid. Walaupun saya ahli politik bila berada di Masjid kita membahaskan secara telus kitab-kitab yang dibawakan.
Saya risau ianya akan menjadi titik permulaan masyarakat jauh dari memahami siasah islam yang terpandu. Sebagaimana pengajian lain bersilibus di masjid surau maka siasah islam juga sepatutnya bersilibus dan di sampaikan pada masyarakat. Demikian juga soal pemikiran yang menyesatkan.
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Cabaran semakin hebat dan bebanan semakin berat. Para islamis dan para asatizah terus berbalah sesama sendiri. Benarlah perpecahan menatijahkan bala kerosakan yang lebih besar. Para musuh Islam terus mendapat laba yang besar dari perpecahan ini.
29 Ogos 2021 | 20 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor