Home Berita PAS Perak

Islam Mampu Memerintah Masyarakat Majmuk

3239
SHARE
IPOH: Peringatan dari Allah SWT supaya orang Islam khususnya melibatkan diri dan berusaha untuk menjadikan Islam memerintah negara.
Menegakkan akidah untuk semua dan rahmat kepada seluruh alam.
Seterusya orang-orang bukan jangan takutkan kepada Islam kalau mereka boleh menerima ideologi-ideologi asing daripada barat seperti komunisme, librealisme yang bukan dari asal usul mereka mengapa mereka tidak boleh menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negera.
Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan demikian ketika Himpunan Perak Istiqamah HIMMAH 12K di Padang Meru Raya, Ipoh, 3 Februari lalu.
Tuan Guru berkata, Islam adalah Addin dengan makna yang luas, di dalamnya ada ajaran politik memerintah negara, termasuk masyarakat majmuk berbagai kaum dan agama.
Tambahnya, Islam pernah memerintah dunia 1300 tahun lebih, umat Islam mengalami kelemahan apabila mereka meninggalkan Islam.
Justeru, jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam, umat Islam dijajah termasuk di kalangan Melayu.
“Negeri Perak menempa sejarah perjanjian Pangkor campurtangan penjajah dan penentangan umat Islam terhadap penjajah.
“Perak menerima masyarakat majmuk kaum India dan Cina yang dibawa oleh penjajah mereka juga senasib dijajah oleh penjajah Barat.
“Namun umat Islam wajib menegakkan Islam kembali semula supaya memerintah negara yang berdaulat.
“Umat Islam tidak menyerah kalah kepada penjajah sebaik sahaja Portugis menakluk Melaka pada 1511 umat Islam turut melawan penjajah Portugis, Belanda dan British,” ujar beliau.
Tuan Guru mengingatkan bahawa orang-orang Islam Melayu mendahului perlawanan menentang penjajah dalam masa yang sama akhirnya mencapai kemerdekaan.
Jelas beliau Islam menerima masyarakat majmuk tetapi Islam mesti memerintah negara dan mesti memimpin.
Tegasnya lagu, tidak menjadi masalah Islam memerintah masyarakat majmuk jangan bimbang bahkan Islam menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan lain-lain.
“Bezanya Islam menjadikan kehidupan manusia berkait dengan agama.
“Ada perhitungan dosa dan pahala. Berlakunya penyeleweangan hari ini politik, ekonomi dan berkaitan pengurusan kerana beranggapan ianya tiada kaitan dengan agama, duit banyak boleh melakukan apa sahaja,” katanya di hadapan peserta himpunan.