Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Institusi Cemerlang, Membangun Bersama Islam

485
SHARE

Institusi Cemerlang, Membangun Bersama Islam

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pengiktirafan yang dianugerahkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) kepada Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKeKWa).

Sijil pengiktirafan ini dianugerahkan kerana UKeKWa memenuhi tahap keperluan kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi kluster Do-It-Yourself (DIY), sekali gus memberi gambaran terhadap kecemerlangan tadbir urus Kerajaan Negeri Kelantan berasaskan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Antara kriteria utama yang dinilai dalam memenuhi keperluan EKSA ini ialah sejauh mana sesebuah organisasi Kerajaan mampu mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.

Muslimat PAS berharap UKeKWa mampu meneruskan lagi kecemerlangan ini di masa akan datang. Pada masa yang sama, lebih banyak organisasi khususnya yang membawa imej Islam menjadikan kejayaan UKeKWa sebagai inspirasi dalam pengurusan dalaman sesebuah organisasi.

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 Julai 2020, 11 Zulkaedah 1441