Home Rencana PAS Johor

Ingkar kuarantin kendiri : Lagi perangai buruk pimpinan DAP

422
SHARE

INGKAR KUARANTIN KENDIRI : LAGI PERANGAI BURUK PIMPINAN DAP!

Oleh : ROSLAN NIKMAT

Ke manakah sikap tanggungjawab Lim Guan Eng (LGE) dalam menghadapi wabak Covid ini?

Jika rakyat biasa terpaksa berkurung kerana menjalani tempoh kuarantin kendiri, kenapa LGE tidak boleh?

LGE telah diperintahkan untuk kuarantin kendiri bermula 1 September sehingga 10 September kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19, namun boleh hadir ke sidang DUN pada 2 September 2021.

Perbuatan seperti ini sangat tidak bertanggungjawab bahkan merisikokan ADUN-ADUN yang lain.

Adakah LGE menganggap bahawa kuarantin kendiri ini adalah perkara yang boleh dibuat main.

Seharusnya pemimpin juga perlu mengambil berat serta mengikut arahan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini dan bukannya menjadi penyumbang kepada penularan wabak Covid-19 ini.

Bayangkan kalau tindakan seperti ini dilakukan oleh pimpinan dari Parti Kerajaan, pasti menjadi sasaran media DAP untuk menyerang habis-habisan.

Sikap pimpinan DAP ini tak ubah seperti kata pepatah melayu :

‘kuman seberang laut jelas kelihatan gajah di depan mata tak nampak’.

Terima kasih.

Penulis merupakan Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)