Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ingat Pemanis, Ingat Cikgu Mala!

1304
SHARE

Ingat Pemanis, Ingat Cikgu Mala!

Oleh : Nisa’ Nahar 

Normala binti Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar, Johor. Mempunyai tiga orang cahaya mata yang kesemuanya telah menamatkan hafalan 30 juzuk al Quran. Walaupun dalam kesibukan sebagai pendidik, Cikgu Mala tetap memastikan anak – anak beliau lengkap ilmu agamanya. Alhamdulillah!

Semasa menceburkan diri dalam bidang pendidikan, Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas khidmat beliau sebagai Pengerusi Majlis Tadika Agama Johor (Felda Kemelah) dan Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah LKTP Kemelah.

Di awal penglibatan beliau dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Cikgu Mala telah diberikan amanah untuk memegang jawatan sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia, AJK Dewan Muslimat PAS Johor dan juga AJK Badan Perhubungan PAS Johor.

Memiliki Diploma Pengurusan Malaysia, Cikgu Mala pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Asas Tani dan Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Setiausaha Lajnah Pengguna dan Pekerja PAS Pusat.

Keaktifan Cikgu Mala dalam pelbagai lapangan mendapat pengiktirafan apabila beliau diberi Anugerah Guru Aktif Daerah Segamat pada tahun 2006. Melalui pertabalan Anugerah Khas Sempena Perbahasan Ala Parlimen, Cikgu Mala juga telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM).

Dalam organisasi PAS kini, Cikgu Mala memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor dan Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor. Kepimpinan beliau yang menyerlah juga dimanfaatkan untuk jawatan Setiausaha PAS Kawasan Sekijang dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang.

Dalam PRU-14 kali ini Cikgu Mala bakal bertanding di N.03 Pemanis demi memartabatkan Islam di Malaysia serta mendidik anak bangsa agar punya jati diri dan kefahaman agama yang jitu.

Ingat Pemanis, ingat Cikgu Mala!