
KUALA LUMPUR, 18 Julai – Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS), Ustaz Noor Najhan Bin Hj Mohamed Salleh yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor bersama Jawatankuasa KMNS telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Khidmat Malaysia Pusat, Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Dalam pertemuan tersebut pihak KMNS telah membentangkan laporan gerak kerja bencana Covid19 sepanjang PKP yang keseluruhan sumbangan dan bantuan diberikan kepada Frontliner dan rakyat yang memerlukan berjumlah RM1.3 Juta.

Pertemuan tersebut juga turut dibincangkan berkaitan gerak kerja pengurusan bencana terutama program-program serta penerangan berkenaan peranan dan tugas Khidmat Malaysia yang dijalankan sebelum, ketika dan selepas sesuatu bencana berlaku.

Hasil dari pertemuan tersebut banyak maklumat dan pengalaman KMNS telah dikongsikan sebagai panduan dan contoh buat Khidmat Malaysia Negeri lain dan satu salinan laporan gerak kerja KMNS bersama NGO-NGO dan PAS Kawasan sepanjang PKP telah diserahkan kepada Pengarah Khidmat Malaysia Pusat.
27 Zulkaedah 1441H | 18 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#NormaBaharuCegahCovid19