[EMERGENCY APPEAL]
Gelombang ketiga COVID-19 sudah melanda negeri Perak sejak awal Mei 2021. Biarpun kita telah mengharungi badai, beberapa PKPD dijalankan, jumlah kes belum tampak surut.
Terkini jumlah kes terus meningkat, menyaksikan peningkatan jumlah kemasukan pesakit ke hospital – hospital, penggunaan katil di sesetengah hospital melebihi 100% pada satu satu masa & jumlah penggunaan katil ICU serta ventilator yang sentiasa tinggi.
Bagi meningkatkan kapasiti katil, wad – wad baru terus dibuka untuk menampung kes yang memerlukan rawatan & pemantauan.
PAPISMA Perak dengan rasa bertanggungjawab terpanggil untuk menyumbang bagi mengurangkan beban yang dihadapi.
Sumbangan dalam bentuk katil hospital bagi kegunaan di wad – wad. Sasaran sumbangan sebanyak RM100 000.00. Sumbangan dibuka mulai 18/8/2021 sehingga 31/8/2021.
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Maybank Islamic Berhad
PAPISMA Cawangan Perak 569972058294
Transaksi hendaklah diletakkan reference ’bantuan covid’ & sertakan salinan kepada Bendahari PAPISMA Cawangan Perak, Dr Tun Kamsiah di 0125070112.