Home Berita PAS Selangor

Info misi bantuan tabung bencana Covid-19 – Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor

13
SHARE

 

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Khidmat Malaysia Selangor (KMNS) bersama-sama NGO terus menyantuni para frontliner dan orang awam dengan memberi bantuan hasil sumbangan orang ramai dan NGO-NGO.

Menurut Pengerusi Khidmat Malaysia Selangor, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh bahawa pihak KMNS telah menerima beberapa permohonan dari pihak hospital untuk membantu keperluan semasa pihak hospital.

Baru-baru ini, mereka telah memberi sumbangan ke Hospital Banting, Hospital Sg Buluh dan Hospital Klang. Manakala misi yang terdekat ke Hospital Selayang dan PKRC MAEPS Fasa ke-3.

Menurut beliau lagi, dalam masa yang sama mereka terus menggerakkan Khidmat Malaysia di setiap parlimen untuk menyantuni dan membantu ahli keluarga yang terkesan dengan bencana Covid-19 ini.

Justeru sumbangan daripada NGO-NGO dan orang ramai amat diperlukan dan ianya cukup bermakna kepada mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor