Home Berita PAS Perak

Infaq: Budaya Tradisi Berakar Dalam Perjuangan PAS

10
SHARE

Infaq: Budaya Tradisi Berakar Dalam Perjuangan PAS.

Parit, 27 Jun – Alhamdulillah hari ini meluangkan masa ziarah dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami memanjangkan bantuan yang sebahagiannya turut disumbangkan oleh masyarakat, penyokong dan pendokong PAS.

Mungkin akan ada yang mempersoalkan, kenapa PAS yang kini sudah menjadi kerajaan, masih mengamalkan budaya “Tin Milo”?

Mungkin ramai yang terlupa ketika Baginda Nabi Muhammad SAW menjadi Ketua Negara Madinah, Baginda masih membuka peluang untuk sahabat-sahabat menyumbang ke jalan Allah. Begitulah seterusnya disambung oleh khalifah yang meneruskan amanah kepimpinan selepas ketiadaan Baginda SAW.

Infaq inilah satu budaya yang berakar dalam tradisi perjuangan, dan PAS dalam keadaan menang atau kalah, senang atau susah, dananya sentiasa berada di dalam poket ahli dan pendokongnya. Keberkatan dan keredhaan Allah jualah matlamat utamanya.

Terima kasih kepada para penyumbang, juga tahniah buat seluruh jentera PAS yang meneruskan gerak kerja kebajikan sebagai salah satu cabang dakwah kami.

Saya turut mengambil peluang ziarah mantan YDP PAS Parit, AlFadhil Ustaz Abu Hassan Johar, di kediamannya, beliau baru menjalani pembedahan disebabkan masalah kesihatan yang dialami.

Juga sempat meluangkan masa menziarahi Saudara Tajul Ariffin, suami kepada mujahidah PAS Parit, Allahyarhamah Ramlah Bt Bahari yang pergi meninggalkan kami tempoh hari.

Turut serta dalam ziarah dan agihan bantuan ini, Saudara Omar Shariff wakil JPKK PAS Kawasan Parit.

#ustazismitaib
#politikmatangsejahtera
#TeguhKitaMenangBersama