Home Berita PAS Perak

Infak Air Balang Serlah Keunikan Sambutan Bulan Islam

1640
SHARE

Tambun: Ramadan setiap tahun pasti akan dilaksanakan dengan penuh bersungguh di mana setiap pihak akan berebut-rebut melakukan amal ibadah bagi meraih pahala pada bulan yang mulia.

Ketua Pemuda PAS kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri ketika ditemui baru-baru ini berkata beliau berkesempatan menyantuni peniaga-peniaga muda yang telah mencipta kelainan dengan membuat edaran air percuma kepada orang ramai di bandar Meru Raya, di sini.

“Kebiasaanya kita akan dengar edaran bubur lambuk secara percuma di bulan Ramadan, namun para peniaga di sini kali ini berjaya mencipta kelainan dengan edaran air secara percuma,” jelas beliau yang merupakan mantan calon DUN Manjoi pada PRU-14 yang lalu.

Menurut Ustaz Hafez, tindakan itu merupakan usahasama dari para peniaga air dengan cara membuka harga setiap balang untuk diinfakkan oleh mana-mana individu yang berminat untuk melakukan infak.

 

 

 

 

 

 

Turut difahamkan, antara peniaga yang memulakan kaedah ini adalah gerai “Ayor Jagung Rindu” oleh Safizan Ezerin Arifin, Air “White Coffee Biji Kurma” dan “Coklat Kaw Kaw” oleh Ustaz Fariq Izwan Md Bahrin serta “Air Durian Belanda” oleh Helmi Hashim.

Ustaz Hafez Sabri yang juga merupakan Pengerusi Prihatin Rakyat DUN Manjoi turut menyeru kepada seluruh umat Islam untuk sentiasa berkejar dalam melakukan perkara-perkara kebajikan secara tidak bermusim walaupun Ramadan telah berlalu.

“Saya berharap agar lebih ramai lagi peniaga dan pihak yang berbesar hati berinfak sebegini pada masa akan datang. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pasti akan dapat mengukir senyuman masyarakat serta menjadi bekalan amal buat kita semua,” ujar Ustaz Hafez.