Home Berita PAS Wilayah

Ikhlas Benteng Kekuatan Jemaah

1432
SHARE

LEMBAH PANTAI – “Kita perlu membina kekuatan dari sudut keikhlasan melakukan kerja gerakan yang sememangnya perintah Allah supaya negara diperintah oleh orang yang amanah.”

Demikian peringatan yang ditegaskan oleh Ketua Muslimat PAS Pusat sewaktu mengetuai zikir munajat akifi di Lembah Pantai baru-baru ini.

Majlis yang dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat berjaya menghimpunkan jentera dan warga muslimat kawasan dengan dipimpin oleh Ustazah Nuridah Mohd Saleh.

Majlis diteruskan dengan bacaan Yassin, zikir akifi, solat Isyak berjemaah seterusnya sesi taujihat yang disampaikan oleh Ustazah Nuridah.

Menurutnya lagi, setiap amilin perlu berwaspada dari segala perkara yang tidak diredhai.

“Jentera PAS perlu menjauhkan diri dari melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan memperbanyakkan istighfar dan amalan-amalan lain,” ujar beliau.

Beliau juga mengingatkan ahli jemaah untuk membuat kerja yang diarahkan pimpinan selagimana tidak bercanggah dengan syariat.

Munajat akifi muslimat Lembah Pantai telah berlangsung di Bilik Gerakan Induk PAS Bangsar bermula jam 7 malam bagi memohon kekuatan daripada Yang Maha Esa dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.

Majlis diakhiri dengan salam mahabbah serta sedikit jamuan buat tetamu.

Like | Follow | Share

Facebook : https://www.facebook.com/bppwp/
Instagram : https://www.instagram.com/paswilayah/
Website : http://berita.pas.org.my/category/wilayah
Telegram : t.me/pas_wilayah

Sebarkan
#UndiPAS
#SejahteraBersamaIslam
#PASWilayah