Home Berita PAS Pulau Pinang

Ijtima Asatizah & Nuqaba Pulau Pinang ke Arah Pembinaan Kesatuan Antara Asatizah

835
SHARE

 

POKOK MACHANG, 9 Jun 2017 – Ijtima Asatizah & Nuqaba 2.0 anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Tasek Gelugor dengan kerjasama Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang berjalan baik dengan jayanya.Program berlangsung di Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang.

Pertemuan ini diadakan bagi menyeleraskan gerak kerja usrah ke arah lebih tersusun dan melahirkan nuqaba yang berkompetitif yang mampu membentuk amilin atau pengerak yang mempunya fikrah yang jelas dan berdaya saing. Majlis diisi oleh Dato Ustaz Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh yang juga merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat.

Antara point menarik yang disampaikan oleh beliau adalah kerapkan perjumpaan untuk mengikat hati para asatizah. Pesan beliau lagi, perbanyakkan program dan beri taklifan di dalam program. Sebagai contoh, dalam usrah beri taklifan dan bahagi tugas-tugas untuk mengikat komitment asatizah di dalam jamaah. Selain dari itu, beliau juga berpesan setiap ibadah ada peraturannya, begitu juga dlm berjamaah. Orang islam tidak boleh berpecah-pecah dalam pelbagai jamaah.wajib berpisah dengan dap kerana dap sentiasa menyerang islam. tidak ada dalam dunia ta’addud jamaah memberi keuntungan kepada islam bahkan membawa kehancuran.

Majlis berakhir dengan majlis ifhtar bagi merapatkan ukhuwwah di antara para asatizah. Seramai 60 orang para asatizah yang hadir di dalam program.????

{jathumbnail off}