Home Artikel PAS Perak

Iftar Jalinan Mesra Antara Kaum Meriah

426
SHARE

IFTAR JALINAN MESRA ANTARA KAUM PAS GOPENG RINGKAS TETAPI MERIAH


PAS Kawasan Gopeng melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah menganjurkan Iftar Jalinan Mesra Antara Kaum sempena Ramadan pada 7 Jun 2017 di Wisma Purnama, Gopeng, Perak.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat muhibah antara budaya walaupun berlainan kaum.

Menurut Puan Farah Foo selaku pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Gopeng bahawa PAS sentiasa menunjukkan keterbukaan dalam kebebasan beragama dan sentiasa mementingkan keharmonian antara kaum.

“Walaupun ibadat puasa hanya dikhususkan kepada masyarakat Islam namun orang bukan Islam boleh turut serta meraikan berbuka bersama dalam keadaan penuh mesra”, ujar beliau lagi.
Ini juga menunjukkan bahawa PAS makin mendapat tempat dikalangan semua kaum dengan pendekatan PAS yang mesra.

Ia selari dengan sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud “Sesiapa yang menyakiti orang kafir ‘zimmi’ maka dia berbantah denganku pada hari kiamat, sesiapa yang berbantah denganku, aku menentangnya.”

Walaupun program ini cukup ringkas, namun ia cukup bermakna dan menjadi titik tolak kepada usaha untuk merapatkan jurang perpaduan antara kaum dan lebih mengenali PAS khususnya di Gopeng, Perak.

Turut hadir ialah YB Radzi Zainon, ADUN Sg Rapat serta kepimpinan PAS Gopeng dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Gopeng, En Simon Fook.

{jathumbnail off}