Home Berita PAS Sabah

Ibadah korban simbol kesatuan masyarakat

149
SHARE

Oleh : Anna Abdul
13 Julai 2022

KUDAT: PAS Kudat telah menganjurkan Program Ibadah Korban dan Akikah di Surau Kampung Bak-Bak, di sini pada Ahad lepas.

Program itu turut mendapat sambutan penduduk tempatan di mana sebanyak 8 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Yang Dipertua PAS Kudat, Ahmad Kapok, program ini merupakan simbol kesatuan masyarakat, sama ada dalam kalangan pimpinan PAS Kudat dan juga penduduk kampung yang sanggup memerah tenaga membantu agar segalanya berjaya dilaksanakan.

“Kami berharap mudah-mudahan ibadah korban ini diterima di sisi Allah. Semoga dengan ibadah ini dapat meningkatkan lagi rasa keikhlasan kita dalam beribadah dan meningkatkan rasa kehambaan kita kepada Allah,” ujar Ahmad lagi.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Nemron Loveh dan Ustaz Abu Bakar, Setiausahanya, Azman Madusin, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Bibiana Jainudin serta Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kudat, Norayah Asgan

Seramai 150 orang petugas telah membantu dalam proses menyembelih, melapah dan mengedar daging korban bagi menjayakan program itu.