Home Berita PAS Sabah

Hayati falsafah ibadah korban sebenar

75
SHARE

Oleh : Nur Uraifah Shah
13 Julai 2022

KOTA KINABALU : PAS Sepanggar telah melaksana Program Ibadah korban dua hari berturut-turut di sini, pada Ahad dan Isnin lepas.

Menurut Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, dengan ibadah korban ini menampakkan keindahan hidup beragama.

“Kita bukan setakat keluarkan duit untuk membeli haiwan sembelihan tetapi juga bergotong-royong memerah keringat demi untuk saudara kita yang lebih memerlukan. Itulah falsafah korban yang sebenar,” ujar beliau yang juga Yang Dipertua PAS Sepanggar.

Seramai 34 orang petugas termasuk penduduk kampung bersama-sama menjayakan kerja-kerja penyembelihan 5 ekor lembu dan pengagihan daging korban kepada masyarakat.

Program dilaksanakan di Masjid Kampung Lokub, Surau Ar-Rahman Kampung Rampaian, Surau Kampung Naalap, Menggatal, Kampung Suang Parai dan Kampung Lobou.

Turut bersama, Mohamad Idris bin Mohammad, Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Sepanggar, Rizal Latif, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Hasnidar Iskandar, AJK Dewan Muslimat PAS kawasan Sepanggar dan penduduk kampung.