HWPU913 : Perjuangan Membawa Cahaya Islam
Oleh:Ara Rabiatul
KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER – Slot Surah As-Saff diteruskan dengan mengupas isu semasa oleh Yang Berhormat Senator Ustazah Nuridah. Isu Penyatuan Ummah yang bermula dari Himpunan ICERD, Statut Ron, isu pengusiran Dr Zakir Naik dari Malaysia dan sebagainya.
Isu umat Islam di Malaysia menjadi topik panas kebelakangan ini dengan cubaan pelbagai pihak menimbulkan pelbagai provokasi dan fitnah.
Yang Berhormat Senator Ustazah Nuridah dalam perkongsiaannya berkata, “Kita sebagai umat Islam perlu merasa bangga dan ‘izzah dengan Islam. Kita tidak perlu tunduk kepada Statut Rom yang merugikan” ulas beliau.
Dalam pada itu beliau turut menyentuh bagaimana pentingnya kesatuan dan kekuatan umat Islam dalam menangani isu umat Islam dan perlunya sikap hormat.
Tambah beliau, Islam menghormati agama lain dan umat Islam juga tidak mahu agama Islam direndahkan kerana tiada yang lebih tinggi dari Islam.