Home Artikel PAS Wilayah

Hubungan Baik MPP-Penduduk Selesai Isu Setempat

588
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

BATU : Sebuah kotak meter milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Batu Permai telah didapati tidak selamat buat penduduk setempat baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 3 Pekan Batu, Hishamuddin Ghazali telah menerima aduan berkenaan kotak meter tersebut daripada salah seorang penduduk, Shah Amiruddin yang berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Hasil pemantauan Hishamuddin ke lokasi terbabit mendapati pintu kotak meter tersebut telah terbuka dan rosak.

“Keadaan kotak meter tersebut boleh mengancam keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak kerana pintu kotak tersebut sudah rosak serta tidak dapat ditutup dengan sempurna,” ujar beliau.

Rentetan daripada itu, Haji Hishamuddin telah menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad agar tindakan segera dapat diambil demi keselamatan penduduk di situ.

Beliau sebagai Pengerusi MPP di kawasan tersebut turut mengharapkan kerjasama semua penduduk agar isu-isu setempat dapat ditangani dengan baik demi kesejahteraan bersama.