ADUN Kupang rai penduduk gotong-royong bina jalan
Oleh AMAL NABILA KUPANG, 24 Okt – ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) hadir ke majlis meraikan sukarelawan yang bergotong-royong membina empat jalan menggunakan batu kasaran di Kampung Charok Sikin, baru-baru ini. Turut terlibat beberapa pemandu lori jengkaut dan traktor yang memberikan perkhidmatan secara percuma. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Charok Sikin,...
Kerajaan Pulau Pinang utamakan warga asing daripada warga tempatan
Oleh NAZRI ABD HAMID TELUK KUMBAR, 24 OKTOBER - PAS Pulau Pinang mempersoalkan mengenai kewajaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang didalam pertimbangannya merancang membina asrama warga asing. Dalam isu ini kerajaan negeri dilihat lebih berminat menyelesaikan hal pekerja asing berbanding menyelesaikan masalah rakyat dan pekerja tempatan. Contohnya Pasar Awam Teluk Kumbar seolah menjadi projek terbengkalai. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata,...
Lembaga Maktab Mahmud terima Proton X70
Oleh AMAL NABILA ALOR SETAR, 24 Okt - Lembaga Maktab Mahmud Kedah Darulaman menerima sumbangan sebuah Proton X70 dari kerajaan negeri Kedah. Majlis ringkas ini disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Lobi Blok E, Wisma Darulaman. Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Isahak Murat. Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua
Covid-19 Melaka | 262 kes positif baharu
Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 24 Okt: Sebanyak 262 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKN Melaka, daripada 262 kes positif baharu itu, 247 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori import A, 11 kes daripada...
Muktamar maya Muslimat Johor cetus keinsafan
Oleh : 'Aisyaa Yasmin Johor Bahru, 24 Oktober: Muktamar ke 33 Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) cetus keinsafan bila mana Ketua Muslimat yang baharu, Zakiah Tukirin menang tanpa bertanding menunjukkan kepatuhan dan wala' ahli PAS akan keputusan syura. Turut mengulas perihal yang sama, Ketua Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Nuridah Mohd Salleh juga berkata kepimpinan yang berkonsepkan kepatuhan kepada Allah...
Ahmad Nawfal kekal Ketua Pemuda PAS Johor
Oleh ABU HADIF SIMPANG RENGGAM, 24 Okt : Ahmad Nawfal Mahfodz mengekalkan jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor bagi sesi 2021-2023 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 49 yang berlangsung semalam, di sini. Pada masa yang sama, jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua menyaksikan Ustaz Azlan Alias dan Mohd...
Zakiah Tukirin Ketua Muslimat baru Johor
Oleh : 'Aisyaa Yasmin Johor Bahru,24 Oktober : Zakiah Tukirin sah dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, (DMPNJ) semalam di sidang muktamar Muslimat Johor ke 33 yang diadakan secara maya melalui zoom. Beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Bendahari Muslimat PAS Johor dilantik sebagai ketua Muslimat yang baharu menggantikan Fatimah Ismail. Zakiah yang menang tanpa bertanding sebelum ini menunjukkan...
Covid-19 : Kerja tungkus lumus, kini berhasil
COVID-19 : KERJA TUNGKUS LUMUS SEBELUM INI, KINI MEMPERLIHATKAN HASIL Hasil kerja keras dan tungkuslumus pihak Kerajaan bermula dari awal dan ketika serangan wabak memuncak sehingga melebihi 20 ribu jangkitan sehari sebelum ini, kini membuahkan hasil. Walaupun ketika itu Kerajaan sering dicerca dan diperlekehkan oleh pelbagai pihak namun Kerajaan terus fokus dengan strategi pemulihan yang diyakini dan tidak melayani golongan-golongan yang...
Arak TIMAH : Kerajaan mesti bertindak tegas, pantas dan tiada kompromi
ARAK TIMAH : KERAJAAN MESTI BERTINDAK TEGAS, PANTAS DAN TIADA KOMPROMI Lagi sekali umat Islam di negara ini dikejutkan iaitu isu arak yang berjenama dengan nama yang sinonim dengan nama penduduk Melayu Islam negara ini iaitu Fatimah yang disingkatkan menjadi 'Timah'. Tidak sekadar nama tetapi juga gambar yang dipaparkan pada botol arak tersebut iaitu lelaki berjanggut dan berkopiah yang menjadi...
Pemuda PAS perlu berani memberi DPPNS nafas baru
23 Oktober 2021 Oleh: Basith Samad KINABATANGAN: Pemilihan AJK DPPNS untuk sesi 2021-2023 dilihat seolah-olah ketandusan pelapis kepimpinan sedia ada apabila ramai pemuda yang menolak untuk dicalonkan dan bergerak kerja di peringkat negeri. Perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Hatem Zakaria, ketika ucapan perbahasannya menyokong ucaptama Ketua Pemuda dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), semalam. "Pemuda...