2,144 Pesakit mental terima rawatan tahun lepas

KUALA TERENGGANU - Seramai 2,144 individu telah mendaftar dan mendapat rawatan sebagai pesakit mental  di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Terengganu sepanjang tahun lalu. Pengarah Kesihatan negeri, Dato Dr Kasemani Embong berkata namun berlaku sedikit penurunan pada tahun ini apabila data menunjukkan seramai 1,797 pesakit mendapatkan rawatan sama sehingga September lalu. Katanya, sehingga kini terdapat dua buah Pusat Kesihatan Mental...

Terengganu ketatkan kelulusan lesen korek pasir

KUALA TERENGGANU - Syarat kelulusan pemberian lesen kepada aktiviti mengorek pasir di Sungai Terengganu akan diperketatkan bermula tahun depan bagi mengelak masalah paip bocor dan patah hingga menjejaskan pengguna berulang. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu kelulusan lesen korek pasir itu kini sedang dirancang dan diperhalusi oleh...

Pengunjung Zoo Kemaman terus meningkat

KUALA TERENGGANU - Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman (TRZK) terus menerima pertambahan pengunjung selepas dibuka semula kepada orang ramai sejak 17 September lalu sempena peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Jusman Ibrahim berkata pihaknya merekodkan hampir 2,000 hingga 2,500 pengunjung sehari pada hari minggu dan lebih dalam 5,000 orang dalam tempoh seminggu. Katanya,  jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan...

Pemuda Pas Bukit Mertajam bantu penduduk Baling

Oleh SYED M NAZRI BALING, 26 OKTOBER - Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Mertajam telah melaksanakan misi bantuan kepada penduduk Kampung Teluk Rambong Ahad lalu. Ketua Pemuda Pas Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim berkata, program Amal Kongsi Rezeki (AKR) ini adalah usahasama Khidmat Malaysia Bukit Mertajam (KMBM) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Bukit Mertajam. Program AKR ini juga mendapat kerjasama penuh daripada...

Khidmat Malaysia Nibong Tebal sertai bantuan ke Jenagor dan Kenyir

Oleh NAZRI ABD HAMID HULU TERENGGANU, 26 OKTOBER - Khidmat Malaysia Nibong Tebal sertai misi bantuan kelolaan Pejabat Penyelaras Parlimen Besut sabtu lalu. Penasihat Khidmat Malaysia Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff berkata, mereka seramai 18 orang relawan berkonvoi motosikal selama sepuluh jam dan sempat singgah menziarahi Adun Dabong Ku Mohd Zaki Ku Hussin serta makan tengahari bersama beliau. Misi selama tiga hari...

PAS kawasan Merbok salur bantuan kepada 29 keluarga mangsa banjir

Oleh ANA NAJWA  BUKIT SELAMBAU , 26 Okt - Sebanyak 29 buah keluarga di Bukit Selambau telah menerima bantuan berupa makanan dan keperluan harian oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Merbok, setelah kawasan tersebut mengalami banjir kilat baru-baru ini. Bantuan tersebut disalurkan kepada penduduk-penduduk yang terjejas bagi membantu meringankan beban yang dihadapi. YDP PAS Kawasan Merbok, YBhg. Ustaz Azizan Hamzah terlibat untuk...

PAS Bukit Bintang beri bantuan makanan untuk B40, M40

Oleh DHIYA' MUTTMAINNAH BATU, 26 Okt: Jawatankuasa Tabung Bencana Covid-19 (TBC) Bukit Bintang dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Bintang telah menyalurkan bantuan kepada penduduk Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR), Sungai Besi 9 Oktober lalu. Bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban penduduk yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 serta yang terjejas akibat pendemik Covid-19 yang lalu. 50 buah keluarga telah menerima kotak...

Isu penduduk terjejas pandemik, jadi keutamaan PAS Padang Terap

Oleh Nurul Amin Hamid PADANG TERAP, 26 Okt - PAS Padang Terap yang diterajui oleh Ustaz Mohd Azam Abd Aziz sebagai Yang Di Pertua meletakan agenda membantu penduduk Padang Terap yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 sebagai keutamaan dalam penggal baharu kali ini.  PAS sebagai sebuah parti yang meletakan empat teras utama iaitu politik, dakwah, pendidikan dan kebajikan tidak akan meminggirkan mana-mana teras,bahkan akan...

126 mangsa banjir dipindahkan

Oleh AMAL NABILA PENDANG, 26 Okt – Seramai 126 penduduk daripada 32 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah akibat banjir, semalam. Ahli Parlimen Pendang, YB Awang Hashim berkata Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang bersiap siaga dengan keperluan yang diperlukan dan terus diagihkan kepada mangsa. Katanya, antara kampung yang terlibat Kampung Sukamari, Kampung Batu 16,...

Terengganu tawar 20 Pakej 3 Hari 2 Malam

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism) menawarkan 20 pakej 3 hari 2 malam kepada pengunjung dari seluruh negeri yang inginkan percutian yang menarik dan perjalanan yang tersusun. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pakej berkenaan boleh didapati melalui media sosial Beautiful Terengganu yang padat dengan pelbagai info menarik. “Dulu orang tanya...