Madinah Ramadan 1443H hidupkan kembali kemeriahan Ramadan

KOTA BHARU, 6 April: Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato' Ahmad Yakob merakamkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana telah memulakan semula Program Madinah Ramadan setelah dua tahun sunyi untuk solat berjemaah akibat pandemik. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Madinah Ramadhan 1443H semalam, di...

17 penarik beca dihargai

KOTA BHARU, 5 April: Sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap peranan penarik beca atau 'gateh teksi' dalam sektor pelancongan di negeri ini, seramai 17 penarik atau pengayuh beca diraikan dalam Majlis Bantuan Sara Hidup kepada penarik beca di Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Negeri Kelantan, semalam. Dalam majlis tersebut, setiap penarik beca memperolehi bantuan wang tunai RM600...

KBC agihkan 41 kampit Baja Organik kepada petani

KOTA BHARU, 5 April: Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd menyumbangkan 41 kampit baja organik kepada enam peserta Program Bantuan Baja Organik Negeri Kelantan Tahun 2022 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pasir Tumboh, semalam. Taklimat pada majlis penyampaian sumbangan disampaikan oleh Eksekutif Operasi Kelantan Biotech, Mohd Afzanizan Arif, Penolong Eksekutif Operasi Kelantan...

Projek struktur tebing Pohon Celagi 87 peratus siap

PASIR MAS, 5 April: Projek pelaksanaan segera menangani bencana runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi yang bermula pada 4 Ogos 2021 sudah pun mencapai status 87 peratus siap pada minggu ke-33, kemas kini pada 3 April lalu. Projek bernilai RM45 juta yang dijangka siap pada 3 Mei 2022 itu diluluskan Kerajaan melalui Kementerian Air dan Alam...

Tinggal sehelai sepinggang

Oleh: HASLILAWATI ABDULLAH KUALA KRAU, 6 Apr :: “Saya bersama dua orang anak dan seorang adik tak dapat nak selamatkan apa-apa harta benda dan keperluan pun semasa api sedang marak menjilat rumah kami,” kata mangsa kebakaran Ahmad Mazlan Mat Adam 49 tahun di Felda Jengka 14 semalam. “Saya sangat sedih dan terkilan kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan sekarang kami hanya...

Zionis dan perang Ukraine

Minda Presiden PAS ZIONIS DAN PERANG UKRAINE Firman Allah SWT: ﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ٦٤﴾ “Dan orang-orang Yahudi itu berkata: ‘Tangan...

Madinah ramadan kembali, angkat pengisian rohani

KUALA TERENGGANU - Terengganu membuka kembali tirai Madinah Ramadan bagi menghidupkan suasana dakwah dan ilmu di kalangan masyarakat sempena bulan mulia ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah menzahirkan kegembiraan apabila program yang penuh pengisian ilmu itu dapat kembali diadakan setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik berikutan Covid-19. "Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat...

Elak jual makanan basi di bazar ramadan

KUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri berharap agar peniaga makanan di bazar Ramadan tidak menjual makanan basi ataupun telah rosak semata-mata demi mengaut keuntungan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, jika didapati berlaku satu tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang terlibat. "Gerai perniagaan akan diarah untuk ditutup ini  akan merugikan peniaga itu sendiri setelah dua...