Raya bukan alasan naikkan harga ayam

KUALA NERUS - Peniaga ayam di negeri ini digesa agar tidak mengambil kesempatan menaikan harga ayam menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut tidak lama lagi. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saharuddin Mohd Kia berkata, peniaga perlu patuh terhadap harga siling runcit yang telah ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram sebagaimana dikuatkuasa bermula 1 Julai. "Tidak boleh menggunakan alasan...

KPDNHEP buka lima kertas siasatan kes minyak masak

KUALA NERUS - Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) negeri telah membuka lima kertas siasatan berkait minyak masaka dibuka di negeri ini  membabitkan pembungkus, pemborong dan Industri Kecil Sederhana (IKS). Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, berkata sebanyak tiga kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dilakukan oleh pemain industri terbabit antaranya menggunakan minyak masak melebihi kuantiti yang dibenarkan tanpa permit. "Membabitkan dua IKS...

Rencana: Mat Kilau dan ibrah buat para pejuang

Oleh KINTAN MAN SEKIRANYA kita tidak belajar dari sejarah maka sejarah akan mengajar kita. Filem Mat Kilau wajar diangkat sebagai sebuah filem yang mampu memberi pengajaran tentang ketinggian semangat juang serta membakar semangat jatidiri Melayu Islam. Sesungguhnya perjuangan menuntut kemerdekaan adalah dari pengorbanan yang jitu lagi berpaksikan akidah demi memartabatkan satu jatidiri bangsa Melayu, mempertahankan Tanah Melayu serta mendaulatkan maruah agama Islam...

Hantar Al-Quran rosak ke JHEAT untuk dilupuskan

KUALA TERENGGANU – Masyarakat Islam dinashatkan agar menghantar Al-Quran yang rosak kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memelihara kesuciannya terutamanya dalam proses pelupusan dengan penuh tertib. Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, rakyat Terengganu boleh menghantar Al-Quran serta kitab ke mana-mana pejabat JHEAT bagi tujuan pelupusan. “Sekiranya ada masyarakat yang rasa Al-Quran yang sudah tidak digunakan dan ingin dilupuskan, boleh...

JHEAT tahan pelaku video lelaki peluk wanita

KUALA TERENGGANU - Pelaku yang berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh di kedai air buah sebagaimana video tular sudah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, wanita tersebut ditangkap di premis miliknya dalam satu operasi bersama pihak Polis serta Majlis Daerah Setiu, semalam. Katanya, pihaknya mengesyorkan kes terbabit dirujuk mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu...

Rayuan bantuan untuk mangsa banjir Baling

“Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT menutup aibnya pada hari kiamat” (Hadith Riwayat al-Bukhari) Pihak Khidmat Malaysia Terengganu dengan ini, mengajak dan membuka peluang kepada mana-mana pihak mahupun individu, bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang diuji musibah banjir. Sumbangan dan dana diperlukan bagi meringankan...

Haji : Perpaduan umat ke arah satu kiblat

Para jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim AS. Baginda AS dahulunya telah ditugaskan agar membina Baitullah (Rumah Allah) atau Kaabah yang menjadi kiblat kepada umat akhir zaman. Allah SWT juga memerintahkan Nabi Ibrahim AS supaya menyeru seluruh manusia agar datang berhimpun di Makkah untuk mendekati Rumah Allah. Hal...

Haji: Perpaduan umat ke arah satu kiblat

Minda Presiden PAS HAJI: PERPADUAN UMAT KE ARAH SATU KIBLAT Para jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim AS. Baginda AS dahulunya telah ditugaskan agar membina Baitullah (Rumah Allah) atau Kaabah yang menjadi kiblat kepada umat akhir zaman. Allah SWT juga memerintahkan Nabi Ibrahim AS supaya menyeru seluruh manusia agar datang...

Sukan SRITI Al Helmi asah bakat pelajar

Oleh : Ez BUKIT GANTANG, 6 Julai : Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al Helmi  Kali ke 5  telah berlangsung  dengan penuh warna-warni di Arena Futsal Bukit Gantang, di sini baru-baru ini. Perbarisan lintas hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan yang tampil kreatif...

Pesta Sukan PASTI suntik semangat kesukanan

Oleh : Nor Ahmad 6 Julai 2022 KALABAKAN: Acara sukan dilihat mampu menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan murid PASTI Pra Tahfiz Kalabakan dan PASTI Semporna, di Kompleks Sukan Tawau, pada Sabtu lalu. Pesta Sukan PASTI peringkat Zon Tenggara yang membabitkan kira-kira 150 orang murid itu telah mempertandingkan dua acara iaitu Bola Jaring dan Bola Sepak. Yang Dipertua PAS Kawasan Kalabakan, Haji Ahmad Dullah...