Home Berita PAS Perak

Sukan SRITI Al Helmi asah bakat pelajar

131
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG, 6 Julai : Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al Helmi  Kali ke 5  telah berlangsung  dengan penuh warna-warni di Arena Futsal Bukit Gantang, di sini baru-baru ini.

Perbarisan lintas hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan yang tampil kreatif dengan membawa tema pahlawan membuka tirai kejohanan ini.

Edisi kali ini  turut dimeriahkan dengan kehadiran awam yang disertai oleh Rumah Hijau,Rumah Merah,Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Gilang-gemilang kejohanan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri.

Masing-masing rumah sukan yang tampil kreatif menggayakan pelbagai imej telah menunjukkan semangat sukan menerusi penyertaan acara balapan , bola sepak dan bola jarring.

Para ibu bapa yang turut hadir meraikan program juga telah dilibatkan pada acara sampingan seperti futsal,bola jaring dan lain-lain lagi.

Pengerusi ALP SRITI Al Helmi , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman  yang menutup kejohanan ketika ditemui melahirkan rasa gembira dengan kehadiran penuh ibu bapa serta kerjasama padu para petugas dari Dewan Pemuda PAS Kawasan, guru-guru dan Ahli Lembaga Pengurusan sekolah.