‘Jangan gundah gulana dengan angka 126’

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihatkan semua pihak agar tidak gundah gulana dengan angka 126 yang didakwa boleh meruntuhkan kerajaan Persekutuan sedia ada. Naib Presiden PAS itu berkata, beliau sendiri tidak mengetahui hujung pangkal angka tersebut sehingga boleh menimbulkan keresahan pihak tertentu. “Saya tidak tahu daripada mana datang nombor itu jadi tak saya pun tak...

PAS mahu buat kejutan penyertaan nama-nama besar

MARANG - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu membuat kejutan penyertaan nama-nama besar ke dalam parti itu di seluruh negara. Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sedang merangka strategi sebelum mengisytiharkan kemasukan individu-individu terbabit. “(Kemasukan nama-nama besar) insya-Allah ada, kita akan menyusun gelombang ini untuk seluruh negeri. “Nama individu itu tak boleh diumumkan lagi,...

Proklamasi Melayu tiada kaitan dengan kejatuhan kerajaan

MARANG - Proklamasi Orang Melayu cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada sebarang kaitan dengan ura-ura pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, proklamasi 12 perkara itu digerakkan oleh bukan ahli parlimen atau pihak yang mempunyai kuasa untuk merubah kerajaan. “PAS menyokong proklamasi itu dan ia jelas tidak ada kaitan dengan apa...

RM1.08 Juta bantu nelayan tingkat pendapatan

SETIU, 9 Mei - Untuk tahun 2023, Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM1.08 juta khusus untuk program bantuan langsung bagi sektor perikanan daripada RM4.7 juta bajet kerajaan negeri kepada sektor ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, dalam tempoh lima tahun, ia merupakan bajet terbesar kerajaan negeri kepada Jabatan Perikanan Malaysia (Perikanan), hampir...

Sembang Santai Jamuan Raya guru-guru PASTI mengimbau kisah silam

Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA, 9 Mei ♦ Jasa dan pengorbanan guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak tidak boleh nafikan. Di peringkat awal, bayaran elaun guru hanya RM50 sahaja tetapi masih boleh menginfakkan pula untuk keperluan pembelajaran anak-anak PASTI yang serba kekurangan ketika itu. Namun mereka tidak pernah merungut kerana yang penting bagi mereka adalah dapat menaburkan bakti untuk melahirkan generasi yang benar-benar...

Kita terpaksa masak nasi tambahan

TASEK GELUGOR, 9 MEI - Lebih 10,000 pengunjung meraikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Pulau Pinang di padang awam bersebelahan Masjid Jamek Ar-Rahmani Kampung Banggol dekat sini, semalam. Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, majlis yang dijadualkan berlangsung jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang dimulakan lebih awal selepas orang awam sudah beratur seawal jam 10 pagi. “Sambutan luar jangkaan...

Terima kasih kepada lebih 50K tetamu yang membanjiri Kompleks PAS Kedah

ALOR SETAR,8 MEI - Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang membanjiri Kompleks PAS Kedah pada Sabtu lepas dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat. Majlis yang asalnya bermula pada jam 12.30 tengah hari itu sudah dibanjiri dengan tetamu seawal jam 10.00 pagi lagi. Walaupun cuaca agak sedikit panas tidak menghalang para tetamu untuk datang memeriahkan majlis tersebut. Pelbagai juadah disediakan...

Rencana | Tukar kerajaan : Tak percaya tapi cemas

Oleh IBNU JANIE DALAM beberapa minggu ini media sosial banyak memainkan 'usikan' yang menggambarkan seolah-olah bakal berlaku pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan. Angka 126 menjadi trending di media-media sosial. Media-media sosial yang pro kepada PH-BN mulanya menyindir, mempersenda dan memperlekeh seolah-olah perkara ini satu igauan pembangkang. Mereka beranggapan ini hanya satu perang psikologi pembangkang untuk menakut-nakutkan parti kerajaan. Namun makin lama bahan-bahan...

Rasulullah SAW teladan perpaduan umat

Minda Presiden PAS RASULULLAH SAW TELADAN PERPADUAN UMAT Rasulullah SAW ditugaskan menjadi rasul akhir zaman kepada seluruh manusia, bahkan diamanahkan suatu tugas yang paling besar dan sangat mencabar. Hal ini disebabkan Baginda diwajibkan berada di tengah masyarakat seluruh dunia yang dikepung oleh bangsa Arab padang pasir yang paling keras dan kejam berperang, sehinggakan bangsa itu sanggup membunuh anak perempuan mereka kerana...

Pelajar Besut kedua cemerlang dunia

KUALA TERENGGANU– Seorang pelajar yang berasal daripada Kampung Pengkalan Kubor Tembila, Besut meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dengan meraih tempat kedua peringkat dunia. Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Safwa Zamri, 19, menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan medapat keputusan cemerlang markah 98 peratus. Keputusan itu meletakkan...